CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Isnin, 16 Mei 2011

Lawatan Sambil Belajar "Pameran Pedang Nabi dan Tongkat Nabi Musa AS"


Keluar dari pertapaan

Assalamualaikum WBT, setelah sekian lama inda meng'update' blog ani,barutah ada sedikit masa untuk meng'update.. Ani adalah atas sebab- sebab yang tertentu. Insyallah, nanti will upload sedikit- sedikit aktiviti2 yang telah kami jalankan selama ani..

Stay Tune (:

Isnin, 19 April 2010

Penyampaian Hadiah Cenderahati kepada pemain sepak takraw






Rabu, 14 April 2010, Penyampaian hadiah cenderahati kepada murid yang telah mengikuti perlawanan sepak takraw telah diadakan di dewan sekolah apabila selesai sahaja perbarisan pagi diadakan. Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami iaitu Cikgu Abdul Rahim bin Haji Mohd Salleh.

Rabu, 14 April 2010

Taklimat Mencegah Kebakaran Skim Sukarelawan Bomba Sekolah- Sekolah Kampong Ayer





Taklimat Mencegah Kebakaran Skim Sukarelawan Bomba bagi Sekolah- sekola Kampong Ayer telah diadakan pada 8hb April, 2010 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim, Brunei 1. Diantara sekolah yang ikut hadir menghadiri talimat tersebut ialah Sekolah Rendah Datu Godam, Sekolah Rendah ungai Siamas, Sekolah Rendah Haji Tarif..

Semasa taklimat tersebut kami telah diterangkan jenis- jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan semasa kebakaran berlaku. Selesai sahaja taklimat tersebut kami diberikan latihan praktikal cara- cara memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai digunakan.


Kejohanan Sepak Takraw sekolah -sekolah Rendah Kawasan Brunei 1



k

Kejohanan sepak takraw sekolah- sekolah Brunei 1 telah diadakan pada 7, 8 dan 10 April 2010 bertempat di Dewan Kompleks Sungai Kebun. Murid-murid yang ikut serta terdiri daripada Asrin, Shamsul, Saiful, Alwi dan juga Muqri. Pasukan sekolah telah bersaing dengan pasukan Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil dengan mata 21 -18 , 21 - 16.

Walaubagaimanapun, kami sebagai guru dan juga warga sekolah amat lah berbesarhati atas usaha gigih yang telah ditunjukkan semasa perlawanan tersebut di adakan.

Khamis, 25 Mac 2010

Gelagat si kecil kami...


Zatul
Syarizan
Diana
Memey
Amira
Daniel
Halim
Azmi
Zarina


Assalamualaikum, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti kepada murid- murid terutama kepada murid- murid sekolah kami.. Pesanan untuk semua, jangan lupa membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru- guru dan juga banyakkanlah membaca buku dan juga menghafal sifir semoga menjadi seorang murid Dato Godam yang cemerlang.. Amin Sempena cuti ani, saya akan memasukkan gambar- gambar murid pra kami yang sempat diambil sebelum cuti penggal persekolahan..

Sabtu, 20 Mac 2010

Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 26

Murid Tahun 6, berlari- lari anak supaya tidak terkena bola..
Cikgu Hj Nuh memberi sedikit penjelasan kepada murid tahun 6 sebelum memulakan acara..
Murid Tahun 5, keletihan selepas acara lompat katak...
Aksi murid Tahun 5, semasa acara sukan lompat katak...

Semasa perlawanan dodge ball murid Tahun 4 dilangsungkan...
Murid Tahun 4, sedang berebut mengambil bola untuk di baling ke pihak lawan
Acara meniup belon sampai pecah, murid Tahun 3Belon siapa yang paling besar nah??
Tiup belon atau tiup pipi tu Hafiz?
Murid Tahun 2 sebelum memulakan acara berjalan itik
Ajeerah, murid Tahun 1 semasa acara memakan kek sampai habis
Murid Tahun 1, dalam acara makan kek sampai habis...
Kek Tart yang akan dimakan oleh murid Tahun 1..
Murid Pra membuat sukan memakan roti hingga habis....
sampai telangui- langui si alai ani...
posing cute dari Md. Azmi...
"Ketawa dulu sebelum makan", kata Halim
"Mana yang besar nah, muka ku atau roti?"
mengimbangkan badan dengan mengangkat kedua belah kaki ke atas
aksi lompat bintang...
Murid sedang mengimbangkan badan mereka 'ala- ala supergirl'
Cikgu Haji Nuh, sebagai 'Instructor' aerobik kami
Si kecil kami, semasa membuat warming up aerobik..


Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan NBD yang ke 26 telah pun diadakan pada 15hb Mac 2010 bertempat dewan Sekolah Rendah Datu Godam. Sebelum acara sukan dimulakan, senaman aerobik telah dikendalikan oleh Cikgu Haji Muhd Nuh..

Selepas acara senaman aerobik selesai acara sukan pun dimulakan, acara sukan kali ini diadakan secara '' class by class'' yang mana setiap kelas diarahkan untuk melakukan satu sukan yang dikendalikan oleh guru kelas masing- masing dengan pertolongan guru - guru lain.

Diantara sukan yang diadakan ialah, makan roti sampai habis acara murid Darjah Pra, makan kek sampai habis acara murid Tahun 1, sukan jalan itik acara murid tahun 2,sukan meniup belon sampai pecah bagi murid Tahun 3, sukan 'dodge ball' bagi murid Tahun 4 , acara sukan lompat katak bagi murid Tahun 5 dan juga membaling bola kesasaran bagi acara murid Tahun 6. Acara sukan guru- guru pula ialah mengulingkan bola ke sasaran..