Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.
Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com
Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..

Khamis, 25 Mac 2010
Gelagat si kecil kami...
Assalamualaikum, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti kepada murid- murid terutama kepada murid- murid sekolah kami.. Pesanan untuk semua, jangan lupa membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru- guru dan juga banyakkanlah membaca buku dan juga menghafal sifir semoga menjadi seorang murid Dato Godam yang cemerlang.. Amin Sempena cuti ani, saya akan memasukkan gambar- gambar murid pra kami yang sempat diambil sebelum cuti penggal persekolahan..
Sabtu, 20 Mac 2010
Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 26
Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan NBD yang ke 26 telah pun diadakan pada 15hb Mac 2010 bertempat dewan Sekolah Rendah Datu Godam. Sebelum acara sukan dimulakan, senaman aerobik telah dikendalikan oleh Cikgu Haji Muhd Nuh..
Selepas acara senaman aerobik selesai acara sukan pun dimulakan, acara sukan kali ini diadakan secara '' class by class'' yang mana setiap kelas diarahkan untuk melakukan satu sukan yang dikendalikan oleh guru kelas masing- masing dengan pertolongan guru - guru lain.
Diantara sukan yang diadakan ialah, makan roti sampai habis acara murid Darjah Pra, makan kek sampai habis acara murid Tahun 1, sukan jalan itik acara murid tahun 2,sukan meniup belon sampai pecah bagi murid Tahun 3, sukan 'dodge ball' bagi murid Tahun 4 , acara sukan lompat katak bagi murid Tahun 5 dan juga membaling bola kesasaran bagi acara murid Tahun 6. Acara sukan guru- guru pula ialah mengulingkan bola ke sasaran..

Rabu, 10 Mac 2010
Hari Akademik Bahasa Melayu
Hari Akademik Bahasa Melayu bagi sekolah kami telah diadakan pada 6hb Mar 2010, bertempat di dewan sekolah. Aktiviti ini diadakan bermula dari jam 7.30 pagi apabila selesai sahaja murid membuat perkumpulan pagi,menyanyikan lagu kebangsaan, membaca doa sekolah dan doa tolak bala. Hari akademik ini mengandungi 4 aktiviti iaitu Buletin Board, Kuiz, Tulisan Jawi Rumi dan juga projek. Aktiviti ini selesai kira- kira jam 10 pagi.
Langgan:
Catatan (Atom)