Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah pun di adakan pada 25hb Februari 2010, di dewan Sekolah Rendah Datu Godam, Brunei 1 pada jam 10 pagi. Semasa sambutan diadakan ada beberapa aktivit telah pun dijalankan seperti aktiviti mewarna, menyanyikan lagu- lagu patriotik, lakonan, kuiz dan penyampaian hadiah bagi pemenang- pemenang yang telahpun berjaya semasa aktiviti - aktiviti tersebut dijalankan.
Apa yang menarik semasa sambutan kali ini, kami telah membuat susunan sebilangan murid dari rendah bawah dan atas untuk membentuk angka 26 bagi menunjukkan bahawa sambutan hari kebangsaan pada tahun ini kali yang ke 26. Murid- murid diarahkan memegang hasil lukisan yang telah mereka warna untuk membuat bentuk tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan