Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.
Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com
Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..
Md Izahar bin Imran, pemenang tempat ke 19
Peserta sekolah kami, ketika menerima hadiah
Peserta- peserta lelaki dan perempuan
Sabtu, 14 November 2009, Bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah jam 2 petang, Sekolah - sekolah Rendah Kawasan Brunei 1 telah mengadakan pesta mini sukan marathon yang dikendalikan oleh SR Raja Isteri Fatimah dan juga bahagian Ko- Kurikulum.
Tetamu kehormat pesta tersebut adalah Cikgu Haji Nudin, iaitu PPKD kawasan Brunei 1 dan 3. Dan sekolah kami telah berjaya mendapat nombor ke 19 bagi peserta lelaki, yang dimenangi oleh Md Izhar bin Imran.
0 ulasan:
Catat Ulasan