CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Sabtu, 20 Mac 2010

Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 26

Murid Tahun 6, berlari- lari anak supaya tidak terkena bola..
Cikgu Hj Nuh memberi sedikit penjelasan kepada murid tahun 6 sebelum memulakan acara..
Murid Tahun 5, keletihan selepas acara lompat katak...
Aksi murid Tahun 5, semasa acara sukan lompat katak...

Semasa perlawanan dodge ball murid Tahun 4 dilangsungkan...
Murid Tahun 4, sedang berebut mengambil bola untuk di baling ke pihak lawan
Acara meniup belon sampai pecah, murid Tahun 3Belon siapa yang paling besar nah??
Tiup belon atau tiup pipi tu Hafiz?
Murid Tahun 2 sebelum memulakan acara berjalan itik
Ajeerah, murid Tahun 1 semasa acara memakan kek sampai habis
Murid Tahun 1, dalam acara makan kek sampai habis...
Kek Tart yang akan dimakan oleh murid Tahun 1..
Murid Pra membuat sukan memakan roti hingga habis....
sampai telangui- langui si alai ani...
posing cute dari Md. Azmi...
"Ketawa dulu sebelum makan", kata Halim
"Mana yang besar nah, muka ku atau roti?"
mengimbangkan badan dengan mengangkat kedua belah kaki ke atas
aksi lompat bintang...
Murid sedang mengimbangkan badan mereka 'ala- ala supergirl'
Cikgu Haji Nuh, sebagai 'Instructor' aerobik kami
Si kecil kami, semasa membuat warming up aerobik..


Mini Sukan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan NBD yang ke 26 telah pun diadakan pada 15hb Mac 2010 bertempat dewan Sekolah Rendah Datu Godam. Sebelum acara sukan dimulakan, senaman aerobik telah dikendalikan oleh Cikgu Haji Muhd Nuh..

Selepas acara senaman aerobik selesai acara sukan pun dimulakan, acara sukan kali ini diadakan secara '' class by class'' yang mana setiap kelas diarahkan untuk melakukan satu sukan yang dikendalikan oleh guru kelas masing- masing dengan pertolongan guru - guru lain.

Diantara sukan yang diadakan ialah, makan roti sampai habis acara murid Darjah Pra, makan kek sampai habis acara murid Tahun 1, sukan jalan itik acara murid tahun 2,sukan meniup belon sampai pecah bagi murid Tahun 3, sukan 'dodge ball' bagi murid Tahun 4 , acara sukan lompat katak bagi murid Tahun 5 dan juga membaling bola kesasaran bagi acara murid Tahun 6. Acara sukan guru- guru pula ialah mengulingkan bola ke sasaran..

0 ulasan: