CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Isnin, 30 November 2009

Pesta Sukan Mini SRDG

Juara Mini Sukan 2009, Kumpulan Lotus...
Gembiraaaaaanyaaaa.....
Wakil daripada team lotus
Wakil daripada team Bluebell
Wakil daripada team Marigold untuk mengambil piala..
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Murid- murid semasa menunggu keputusan untuk di umumkan
Acara guru, memasukkan bola ke sasaran
Acara dodge ball
Acara memancing tin kosong

Acara menendang bola ke sasaranAcara permainan musical chair

Haji Saifullah dan Cg Hj Nuh menunjukkan langkah2 senaman ringan sebelum aerobik dimulakanGuru- guru yang turut serta dalam senaman aerobik
sebelum memulakan senam aerobik (gambar dari atas pentas)
suka relawan sekolah kami

Team Bluebell
Team Marigold
Team Lotus
Team Lavender
Team Lavender
Guru- guru



Pesta sukan mini ini diadakan pada 25hb November 2009, di dewan sekolah kami.. Terdapat 4 kumpulan rumah- rumah yang diketuai oleh guru- guru iaitu Lotus, Lavender, Bluebell dan juga Marigold. Rumah lotus terdiri daripada warna merah jambu, Lavender daripada Unggu, Bluebell daripada biru dan Marigold daripada Jingga. Semasa acara sukan tersebut jenis- jenis permainan terlah dibahagi kepada dua, iaitu permainan bagi murid- murid rendah bawah dan juga permainan bagi murid- murid rendah atas, ini adalah untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak di ingini berlaku.Diantara sukan yang dipertandingkan bagi murid rendah bawah ialah musical chair, membawa guli dengan sudu dan sebagainya.Manakala sukan bagi murid rendah atas pula menendang bola kesasaran, dodge ball, menarik daun kelapa, memancing tin kosong dan sebagainya.Sukan bagi guru- guru juga diadakan iaitu seperti mangail tin kosong, memasukkan bola ke jaringan, dan sebagainya. \ Acara pertama mini sukan ini dimulai dengan acara senaman aerobik yang diketuai oleh Haji Saifullah dan di iringi oleh Cikgu Hj Md Nuh diatas pentas. Juara mini sukan yang diadakan pada hari itu disandang oleh kumpulan Lotus dengan kutipan 3 pingat emas, Naib johan bula kumpulanMarigold dan tempat ketiga oleh kumpulan Lavender dengan menperolehi 1 pingat emas dan perbezaan pingat perak. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sorakan hip- hip horayy dari guru dan murid- murid.. *Gambar akan diupload kemudian, jadi harap bersabar.. hehe

Isnin, 16 November 2009

Sambutan Hari Guru

Barisan guru- guru semasa sambutan hendak dimulai
Guru Besar memberi ucapan..
Hadiah bagi cabutan tiket bertuah..
bacaan tahlil bagi memulakan majlis tersebut

Posing maut dari guru- guru sekolah kami
Posing sopan..huhuhu~
bersalam-salaman selepas sambutan..terharu ku..menangis2 ani bah..
murid bersalaman dengan guru- guru
Pemenang mini marathon sekolah rendah kawasan Brunei 1 juga turut diraikan..
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Fauziah, siap dengan posing tanda gembiranya lagi tuu Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertua Dyg Rosedah (Tukang masak sekolah) Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Dyg Hajijar (Pembersih sekolah) Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Hamidah Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Nurul
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Rafidah
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Rani
Persembahan murid Tahun 3
DJ yang kami undang khas Cikgu Nurul dan penolongnya Cikgu Hj Nuh
Cikgu Rani menyampaikan hadiah kepada Ka Hajah Fatimah (Tukang masak sekolah)

Isnin, 16hb November 2009 sekolah kami telah mengadakan sambutan hari guru. Sambutan tersebut sungguh meriah sekali dengan adanya cabutan tiket bertuah, persembahan dari murid -murid dan juga persembahan nyanyian dari semua murid sekolah.

Acara dimulakan dengan bacaan tahlil arwah bagi memperingati guru- guru yang telah kembali kerahmatullah dan selepas itu acara diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar Cikgu Abdul Rahim bin Haji Mohd Salleh, ucapan hari guru dari wakil murid tahun 6 Md Hafis bin Durahim, diteruskan dengan persembahan murid Pra iaitu Puisi "Guru", persembahan nyanyian dari murid tahun 2 "Hari Pertama", Persembahan Poem dari murid tahun 1 iaitu Sharini dan Md Azami, diteruskan dengan persembahan tarian dari murid perempuan tahun 2 dan juga persembahan pentas dari murid tahun 3. Acara tersebut diselang selikan dengan acara cabutan tiket bertuah.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya murid- murid bersalam- salam dengan guru2 sambil mengucapkan ucapan hari guru dan selepas itu guru- guru bergambar ramai..

Sabtu, 14 November 2009

SR Datu Godam Mendapat Tempat ke 3 dalam Peperiksan PSR Tahun 2009, bagi Sekolah- Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1

Syukur kehadrat Ilahi atas segalanya dan kami sebagai guru- guru di sekolah ini merasa bersyukur dan gembira atas keputusan PSR murid- murid sekolah kami kerana telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dan mendapat peratus lulus 83.33%..

Tidak lupa juga diucapkan TAHNIAH kepada guru- guru yang telah mengajar tahun 6 pada tahun ini, iaitu Cikgu Norirani (Guru Kelas), Cikgu Hamidah (Guru Bahasa Melayu), Cikgu Rafidah ( Guru Sains), Cikgu Hajah Hashimah (Guru Lukisan) dan Cikgu Hajah Mariam (Guru Ugama) yang telah banyak berusaha mendidik dan membimbing murid- murid tahun 6 pada tahun ini..

Dan tidak lupa juga, ucapan TAHNIAH kepada murid- murid tahun 6 atas berjaya kamu dalam peperiksaan PSR tahun ini, Teruskanlah usaha kamu semoga menjadi seorang insan yang berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup.. Dan kepada yang gagal, jangan putus asa.. Usaha kamu kami puji dan jangan lah mudah mengalah..

Pesta Mini Marathon Bagi Sekolah Sekolah Rendah Brunei 1

Md Izahar bin Imran, pemenang tempat ke 19

Peserta sekolah kami, ketika menerima hadiah

Peserta- peserta lelaki dan perempuan


Sabtu, 14 November 2009, Bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah jam 2 petang, Sekolah - sekolah Rendah Kawasan Brunei 1 telah mengadakan pesta mini sukan marathon yang dikendalikan oleh SR Raja Isteri Fatimah dan juga bahagian Ko- Kurikulum.

Tetamu kehormat pesta tersebut adalah Cikgu Haji Nudin, iaitu PPKD kawasan Brunei 1 dan 3. Dan sekolah kami telah berjaya mendapat nombor ke 19 bagi peserta lelaki, yang dimenangi oleh Md Izhar bin Imran.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Majlis perpisahan Cikgu Dino dan Mr Dino


Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Dino C
Pemberian Cenderahati kepada Cikgu Dino M
Cgu Nurul N Cgu Ranie
Ucapan Guru Besar kepada Kedua orang Cikgu Dino


Pada 1 hb Oktober 2009, sambutan majlis perpisahan bagi kedua orang Cikgu Dino, atau lebih di kenali sebagai Dino M dan Dino C, telah di adakan di Restaurant PGS Kiulap, pada jam 2.00 petang..