CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Sabtu, 14 November 2009

SR Datu Godam Mendapat Tempat ke 3 dalam Peperiksan PSR Tahun 2009, bagi Sekolah- Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1

Syukur kehadrat Ilahi atas segalanya dan kami sebagai guru- guru di sekolah ini merasa bersyukur dan gembira atas keputusan PSR murid- murid sekolah kami kerana telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dan mendapat peratus lulus 83.33%..

Tidak lupa juga diucapkan TAHNIAH kepada guru- guru yang telah mengajar tahun 6 pada tahun ini, iaitu Cikgu Norirani (Guru Kelas), Cikgu Hamidah (Guru Bahasa Melayu), Cikgu Rafidah ( Guru Sains), Cikgu Hajah Hashimah (Guru Lukisan) dan Cikgu Hajah Mariam (Guru Ugama) yang telah banyak berusaha mendidik dan membimbing murid- murid tahun 6 pada tahun ini..

Dan tidak lupa juga, ucapan TAHNIAH kepada murid- murid tahun 6 atas berjaya kamu dalam peperiksaan PSR tahun ini, Teruskanlah usaha kamu semoga menjadi seorang insan yang berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup.. Dan kepada yang gagal, jangan putus asa.. Usaha kamu kami puji dan jangan lah mudah mengalah..

0 ulasan: