CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Selasa, 9 Jun 2009

Penyampaian Hadiah Sukan Olah raga bagi murid S.R Datu Godam

Isnin, 8hb Jun 2009, Majlis penyampaian hadian dan pingat bagi murid yang telah berjaya memenangi acara olah raga yang telah berlangsung pada Ahad lepas. Wakil dari sekolah kami iaitu Md Asrin bin Aspari telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki.. Kami tetap bangga dengan apa yang telah diperolehi oleh murid- murid sekolah kami kerana minat dan juga kesungguhan mereka untuk menyertai pertandingan.

Disini ada beberapa gambar yang diambil semasa penyampaian hadiah tersebut dilangsungkan.


Md Asrin bin Aspari, pemenang pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki.

Murid- murid yang ikut serta di kumpulkan di hadapa dewan

Guru Besar SR Datu Godam, Cikgu Abd Rahim bin Hj Mohd Salleh menyampaikan hadiah cenderahati kepada murid- murid yang ikut serta.





Cikgu Hamidah bte Haji Imran, Guru Kanan Pentadbiran mengiringi guru besar menyampaikan hadiah kepada murid- murid.

Sukan Olah Raga Bagi Sekolah- Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1

Ahad, 7hb Jun 2009, pesta sukan olah raga bagi murid- murid Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1 telah diadakan di Stadium Haji Hassanal Bolkiah, Berakas. Acara tersebut telah dikendalikan oleh Sekolah PAP Besar, dan seramai 13 buah kerajaan kawasan Brunei 1 dan 3 buah sekolah swasta telah ikut serta dalam acara tersebut.

Disini ada beberapa gambar yang sempat di ambil semasa acara tersebut berlangsung.



Antara guru yang hadir semasa sesi pagi (cgu Niza, Cgu Dee, Cgu Mimie, Cgu Radiah, Cgu Midah)

ehh.... ada yang menyalat dibelakang aaa..ekkekeke :p


Nda puas hati dengan gambar yang awal2 sekali..


lapar juaaa..sampai nasi pun betempiritan... ;p






Cgu Hj Nuh memberi breifing selepas perlawanan..