CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Khamis, 27 November 2008

Pesta Mini Sukan














Khamis, 27hb November 2008. Sekolah kami telah mengadakan pesta mini sukan bagi murid- murid dan juga guru- guru. Diantara sukan yang diadakan adalah membawa guli (Dh Pra), mengikat tali (Dh1), Memasukkan bola kedalam bakul (Dh2), memakan aiskrim dan coklat hingga habis (DH 3), meniup belon hingga meletup (DH 4), berlari ikat kaki (DH5), menimbang bola, melontar pundi kacang kedalam bulatan sambil berlari (DH6) manakala sukan bagi guru- guru pula bermain bowling menggunakan permainan Nintendo Wii..

Selesai sahaja acara sukan, murid- murid telah naikkan kelas dan kempen membersihkan kelas pula diadakan sehingga balik sekolah.

Rabu, 26 November 2008

Persembahan Pakaian Beragam murid...


The pinky girls Dh 6...

3 jejaka hensem, Afiq, Aziz dan Sharisan(betapuk) Dh 4A

Raihan Dh Pra dan Danial Dh 1A


Amal Dh6A, pakaian ala2 muslimah ...

Wafiy the handsome boy Dh 1A

Sharini DH Pra, si gadis ayu...


Suraiya Dh 1A, Long Dress

Nurul Dh2A, pakaian ala2 bollywood...phewwiittt...

Sephia Dh 1A, ala2 funky lating..ehehe :p

Syazri Dh6A, control macho lee tuuu...


Astagafirullah...c Izahar Dh 5A ani..menari hawaii ani bah...ahahaha

Hashim Dh2A, pakaian ala2 punjabi...

Sudin drjh 2a, pakaian askar "jaga kamu, kamu ucap aku c damit, ku timbak ja kamu krg :)"

Isham Dh 1A, cheeehhh...control encem yaaa...

Irfan and Hamdi (pakain bola sepak) "Ngam kah tu???" :)

Mawaddah Dh 2A, pakaian ala2 penganti ada jua, mcm putri buluh kasap ada jua :)

Nisa, Dh 2A...Baju Kurung..

Disini ku masukan beberapa gambar yang sempat di ambil semasa persembahan pakaian beragam... Enjoy !!!

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2008 dan Hari Ibubapa

Cikgu Hj Nasir menyampaikan hadiah kepada murid

yang mendapat sumbangan...

Murid cemerlang dalam pendidikan SENA 2008


"Bah dah dapat hadiah atu jangan lupa kan salam cikgu"....

Cikgu Hj Nasir menyampaikan hadiah kepada murid...
GB memberikan hadiah kepada murid yang berjaya...

wow...banyaknya hadiahh....

"bah bisai2 ah, banyak ne hadiah mu"... :)


murid- murid yang hadir...


"Inda lagi sabar kan menunggu acara bermula"



Suasana sebelum acara bermula...


Wah...happy ya GB sama Cikgu Hj Nasir ahhhh... :)



Post maut dari Cikgu Rani (Baju Biru) and Cikgu Fauziah (Baju Hijau)

Barisan tenaga pengajar yang inda mau alah bergambar...ekekeke
Kiri ke kanan: Cgu Hjh Mariam, Cgu Asna, Cgu Midah, Cgu Radiah...


Post maut dari guru- guru kami :p <<<>>>
Kiri ke kanan: Cgu Hj Nuh, Cgu Dino, Cgu Asna, Cgu Midah, Cgu Radiah, Cgu Hjh Mariam

Rabu, 26hb November 2008, adalah hari yang penuh bermakna bagi murid- murid sekolah kami begitu juga dengan guru- guru dan juga ibubapa murid.

Sekolah kami telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadaiah Murid Cemerlang 2008 dan juga Hari Ibubapa. Pada majlis tersebut tetamu terhormat kami adalah Cikgu Haji Nasir bin Haji Metali, Penyelia Kanan Daerah Brunei 2 dan 4.. Pada majlis tersebut kami telah menghidangakn beberapa hiburan untuk ibu bapa iaitu persembahan dari murid- murid di antaranya adalah persembahan pakaian beragam yang diikuti oleh murid- murid dari darjah Pra hingga darjah 6, persembahan lakonan yang dilakonkan oleh murid-murid darjah 3 dan juga persembahan tarian yang dipersembahkan oleh murid- murid darjah 6.

Selesai sahaja persembahan tersebut, acara kemuncak majlis telah dilaksanakan iaitu penyampaian hadiah kepada murid- murid yang mendapat kedudukan pertama hingga ketiga, murid- murid darjah 6 yang lulus didalam peperiksaan PSR 2008, murid yang mempunyai kedatangan terbaik sepanjang tahun ini dan juga sumbangan kepada murid- murid kurang berkemampuan.

Taklimat Darjah PRA tahun 2009




Selasa, 25hb November 2008 sesi taklimat bagi murid - murid yang bakal masuk darjah PRA bagi tahun 2009 telah diadakan di Bilik Muzakarah..Seramai 9 orang bakal murid darjah Pra yang akan memasuki ke sekolah kami pada tahun hadapan.
Pada taklimat tersebut, ibubapa murid telah diberikan serba sedikit pendedahan tentang sekolah mahupun pembelajaran yang akan anak- anak mereka ikuti. Turut hadir memberi taklimat tersebut adalah Guru Besar sekolah kami Cikgu Abdul Rahim bin Hj Mohd Salleh, Guru Kanan Pentadbiran Cikgu Hamidah bte Hj Imran dan juga Guru Darjah PRA 2009 Cikgu Radiah Mardiah bte Hj Botty.

Menandatangani Rekod Kemajuan Murid 2008


Isnin, 24hb November 2008, adalah hari menandatangani rekod murid sekolah kami. Disini guru dan juga ibubapa mempunyai kesempatan untuk berbincang sesama sendiri mengenai kemajuan, kelemahan, perangai dan sebagainya mengenai anak mereka dan juga bagi murid itu sendiri.Acara ini diadakan di dalam bilik darjah masing- masing..
Pada hari tersebut juga, ibubapa telah diberikan salinan keputusan anak mereka, senarai nama -nama buku yang perlu dibeli untuk kegunaan tahun hadapan dan juga buku rujukan SPN 21...

Ahad, 23 November 2008

Football Funday @ JIS

"GB aku dtg ne ahhhh...."
aksi Team Under 11 berentak :)
Aksi Team Under 13 berentak... :)
Team Under 13
Team Under 11
Coach Cgu Dino memberikan breifing sebelum perlawanan bermula
Warming up dan membuat persiapan sebelum perlawanan dimulakan

23hb November 2008, team bola sepak sekolah kami telah mengikuti perlawanan bolasepak di JIS...Acara bermula pada jam 8.45pagi...Kami mula bertolak dari sekolah pada jam 7.30 pagi..Acara ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Under 11 dan juga Under 13. Setiap kumpulan diberikan 3 kali berlawan dengan berlainan pasukan..