CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Rabu, 26 November 2008

Taklimat Darjah PRA tahun 2009




Selasa, 25hb November 2008 sesi taklimat bagi murid - murid yang bakal masuk darjah PRA bagi tahun 2009 telah diadakan di Bilik Muzakarah..Seramai 9 orang bakal murid darjah Pra yang akan memasuki ke sekolah kami pada tahun hadapan.
Pada taklimat tersebut, ibubapa murid telah diberikan serba sedikit pendedahan tentang sekolah mahupun pembelajaran yang akan anak- anak mereka ikuti. Turut hadir memberi taklimat tersebut adalah Guru Besar sekolah kami Cikgu Abdul Rahim bin Hj Mohd Salleh, Guru Kanan Pentadbiran Cikgu Hamidah bte Hj Imran dan juga Guru Darjah PRA 2009 Cikgu Radiah Mardiah bte Hj Botty.

0 ulasan: