CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Rabu, 26 November 2008

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2008 dan Hari Ibubapa

Cikgu Hj Nasir menyampaikan hadiah kepada murid

yang mendapat sumbangan...

Murid cemerlang dalam pendidikan SENA 2008


"Bah dah dapat hadiah atu jangan lupa kan salam cikgu"....

Cikgu Hj Nasir menyampaikan hadiah kepada murid...
GB memberikan hadiah kepada murid yang berjaya...

wow...banyaknya hadiahh....

"bah bisai2 ah, banyak ne hadiah mu"... :)


murid- murid yang hadir...


"Inda lagi sabar kan menunggu acara bermula"



Suasana sebelum acara bermula...


Wah...happy ya GB sama Cikgu Hj Nasir ahhhh... :)



Post maut dari Cikgu Rani (Baju Biru) and Cikgu Fauziah (Baju Hijau)

Barisan tenaga pengajar yang inda mau alah bergambar...ekekeke
Kiri ke kanan: Cgu Hjh Mariam, Cgu Asna, Cgu Midah, Cgu Radiah...


Post maut dari guru- guru kami :p <<<>>>
Kiri ke kanan: Cgu Hj Nuh, Cgu Dino, Cgu Asna, Cgu Midah, Cgu Radiah, Cgu Hjh Mariam

Rabu, 26hb November 2008, adalah hari yang penuh bermakna bagi murid- murid sekolah kami begitu juga dengan guru- guru dan juga ibubapa murid.

Sekolah kami telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadaiah Murid Cemerlang 2008 dan juga Hari Ibubapa. Pada majlis tersebut tetamu terhormat kami adalah Cikgu Haji Nasir bin Haji Metali, Penyelia Kanan Daerah Brunei 2 dan 4.. Pada majlis tersebut kami telah menghidangakn beberapa hiburan untuk ibu bapa iaitu persembahan dari murid- murid di antaranya adalah persembahan pakaian beragam yang diikuti oleh murid- murid dari darjah Pra hingga darjah 6, persembahan lakonan yang dilakonkan oleh murid-murid darjah 3 dan juga persembahan tarian yang dipersembahkan oleh murid- murid darjah 6.

Selesai sahaja persembahan tersebut, acara kemuncak majlis telah dilaksanakan iaitu penyampaian hadiah kepada murid- murid yang mendapat kedudukan pertama hingga ketiga, murid- murid darjah 6 yang lulus didalam peperiksaan PSR 2008, murid yang mempunyai kedatangan terbaik sepanjang tahun ini dan juga sumbangan kepada murid- murid kurang berkemampuan.

0 ulasan: