CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Makluman kepada semua pembaca blog kami yang dihormati...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua.. Disini pihak kami ingin membuat makluman bahawa semua artikel dan juga gambar- gambar yang ada di dalam blog ini adalah hak milik sekolah kami. Jika terdapat sebarang penyiaran media elektronik mahupun media massa yang tidak mempunyai sebarang keizinan mahupun tanpa sebarang makluman adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah kami tanpa rasa ragu akan membuat tindakan yang sewajarnya.

Jika biskita mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah bertanya terus kepada web master kami iaitu Cikgu Mimie, sama ada melalui chat box ataupun melalui email iaitu cikgumimie@hotmail.com

Sekian Terima Kasih dan pihak kami memohon maaf jika ada kekasaran bahasa mahupun menyinggung perasaan mana- mana pihak..


Selasa, 18 November 2008

Lawatan murid- murid DH6,DH5,DH4 & DH1 ke Pusat Pemuliharaan Penyu Serasa































Sabtu, 15hb November, 2008. Murid -murid Dh 6,5,4 dan 1 serta beberapa orang guru telah membuat lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu di Kampong Serasa. Disana rombongan kami telah diberikan taklimat ringkas tentang penyu yang terdapat di negara ini.


Selesai sahaja taklimat, murid2 dan guru2 telah dibawa untuk melihat, dan mendengar serba sedikit tentang bagaimana penjagaan penyu dijalankan disana.Selain dari itu, rombongan ini diberi kesempatan untuk memegang dan bergambar dengan penyu.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada murid mahupun guru bahawa penyu pada masa kini hampir pupus dan diharapkan bahawa kita akan sentiasa menjaga alam sekitar kita terutama sekali habitat penyu iaitu laut agar tidak akan membuang sampah merata- rata.

0 ulasan: